Setiap petang, aku akan menunggu kepulangan suami bersama anak-anak. Di penjuru bilik kecil yang telah kutinggalkan itu, di muka tingkap kami akan terhendap-hendap, menunggu munculnya kereta usang berwarna hijau. Bukan kereta itu yang kami tunggu tetapi orang yang memandunya. Muluk-muluk angan-angan kami semua.. kepulangannya akan kami sambut gembira. Biarkan dia makan kenyang-kenyang, minum puas-puas. Akan kami urut badannya dan biarkan dia rehat seketika. Kemudian bolehlah bergurau senda dengannya, atau mengajaknya berjalan-jalan. Ke pantai, ke taman permainan atau sekadar ronda-ronda.
Kami menunggu. Kami menunggu. Sabar. Dan sabar. Jam sudah pukul 5.15. Agaknya jalan jem. Pukul 5 belum tentu dia keluar pejabat lagi. Mungkin sedang berjalan menuju kereta. Tapi kami tunggu lagi.
Si kecil sudah berisi pampersnya. Aku pun membasuh kotoran si kecil. Dan menggantikan dengan pampers yang baru. Kemudian, kami menunggu lagi di muka tingkap. Memerhatikan jalan yang agak sibuk. Kelihatan kenderaan dipacu laju. Bapa-bapa dan ibu-ibu yang bekerja teruja pulang ke rumah. Nak bermain dengan anak-anak. Nak bermesra dengan pasangan. Suami jiranku pulang dengan motornya.
Aku dan anak-anak masih lagi menunggu. Dengan sabar. Kata suamiku waktu aku menelefon tadi, sekejap lagi dia akan pulang. Sebab itulah kami sangat teruja menantinya.
...
5.45, dia belum juga sampai. Suami jiranku kelihatan keluar dari rumah. Menyapu sampah. Jiranku pula menyiram pokok bunga. Anak-anak mereka bermain ria sekali. Kemudian, menaiki Gen2 mereka, keluar berjalan-jalan, hilang entah ke mana. Aku dan anak-anak merenung kereta merah itu sampai hilang dari pandangan...
Mana 'ayah'? Tanya anak-anak. Mana 'ayah' ni, kata nak balik awal.. nak pergi taman mainan hari ni.
Aku hanya diam membisu. Alangkah sedih hatiku melihat anak-anak yang ingin berhibur. Alangkah pilu kurasakan.
Jam 6.45 suamiku pulang. Dengan wajah yang keletihan. Anak sulungku menyuarakan hasrat ingin berjalan-jalan. Suamiku menjerkah dan aku menerangkan.. 'ayah' penat. Hujung minggu ni kita pergi..
Suamiku makan, minum.. dan selepas makan minum itu, dia seperti seorang bayi yang baru lahir. Terus tak dapat berbuat apa-apa lagi. Aku kasihan padanya yang berpenyakit kencing manis. Aku sangat kasihan padanya. Aku sering menangis melihatkan keadaan dirinya yang tak bermaya. Lalu aku dan anak-anak cuba menghiburkannya. Anak sulung memijak badannya. Rela atau terpaksa. Aku juga senang jika anak-anak diajar berbakti kepada ayah ibunya.
Malam harinya, sesudah anak-anak tidur.. aku pula mengurut suamiku. Sambil bercerita itu ini. Tapi dalam mengurut begitu, jika aku tersalah cakap, aku akan dijerkah, kata-kataku dipangkah, kadang-kadang menjadi bibit pergaduhan, lalu aku dihalau.. tak perlu mengurutnya lagi.
Begitulah hampir setiap hari. Kehidupanku dan anak-anakku sungguh sunyi dan sepi.
salam
ReplyDeletePeliknya, kau tahu suamimu penat, kau tahu suamimu berpenyakit, tetapi lihatlah ngomelan dan rungutanmu.
Salam Kembara
ReplyDeleteWahai, kalau itu yang kau ungkit-ungkitkan. Maka, kenang-kenangkanlah ini di bawah. Moga-moga Allah SWT membuka semula pintu ingatanmu yang kau tutup rapat sekarang. Jangan kau fitnah dia, suamimu dengan kata-kata yang sebegitu.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke Dusun Eco Resort, Pahang. Bukankah dia, suamimu memberikan peluang dan ruang untukmu menyampaikan motivasi. Wahai, betapa gembira dan bangganya dia, suamimu saat itu.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke Agro Setiu Resort, Terengganu. Sukanya anak-anak bermain, mandi dan manda di dalam kolam. Siap terjun-terjun dan lemas-lemas. Bukankah ayah dan ibumu ada datang sekali bersama, untuk melihat kegembiraan itu.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke Hotel Seri Malaysia Marang, Terengganu. Sampai pakar-pakar Hospital Terengganu pening kepala dek kerenah anak sulung kita.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke Dusun Eco Resort, Pahang. Gembiranya mereka bermain air bersama ayahnya dan kau, mengambil videonya.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke MarryBrown, PT Raja, Johor. Kita terperangkap di dalam kereta.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu sekali-sekala bersarapan pagi di kedai makan di kaki bukit dan di tepi pantai, sejuk dan indah.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu biasa juga ke McDonald, makan di situ dan drive-thru [sebelum kenal HPA]
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu selalu ke pejabat suamimu, malam-malam - berinternet,emel dan berblog (siapa ya yang membuat blog itu untukmu dan anak siapa ya yang acapkali ke pejabat ayahnya bekerja)
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah menikmati konsert Hijjaz dan Inteam, tahun ini dan beberapa tahun lalu.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke Giant, MyDin dan lain-lain pasarayanya.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke pantai Kemasik, berkelah dan bermain di gigi airnya. Bukankah kau yang mengambil video dia, suamimu yang menyanyi di dalam kereta bersama anak-anak riang sekali.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu serta keluargamu ke Konvoksyenmu di PP, menaiki feri dan melihat jambatan PP dan lautnya.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke tempat ceramah, di mana-mana. Duduk di atas tikar mendengar dan anak-anak tidur di ribaan.
Tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke pantai dan taman permainan, mereka bermain di mana-mana.
Terbaru, tidakkah anak-anakmu dan dirimu ke Hotel Katerina di Johor, ke Mall dan ke IPT di sana. Entah, saat itu hatimu bersama atau di mana.
Tidakkah anak-anakmu selalu dibawa suamimu dengan kereta lama itu ke mana-mana ketika membeli apa-apa di sekitar daerah kita.
Paling tidak, di hari minggu - tidakkah anak-anakmu selalu ke rumah nenek dan datuknya, bermain basikal dan apa saja.
Allah ya Allah, wahai janganlah kau sampai terlupa dan tidak bersyukur atas ini semua.
O ya, tidakkah anak-anakmu dan dirimu pernah ke Hotel Awana Kijal, Terengganu. Makan yang sedap-sedap, dan anak-anak mandi di tub. Juga, ke Mesra Mall, membeli buku dan saja berjalan-jalan di situ.
ReplyDeletesalam Kembara
ReplyDeleteIni tazkirah untukmu, yang kupetik dari sebuah buku - Wanita Solehah (kerana kau tidak sudi lagi mendengar kata-kata dia, suamimu). Ini buka kata-kataku tetapi ulama yang menulisnya. Bacalah dari hatimu, Insya-Allah.
______
Apabila suamimu marah kepadamu kerana sesuatu alasan, jangan berbicara dengan cara yang akan menambah kemarahannya. Perhatikan keadaan hatinya dan berbicara kepadanya dengan baik. Jika pada suatu masa ia merasa terganggu dengan kamu, maka jangan kamu menyombongkan dirimu dengan memperlihatkan sikap acuh tak acuh.
Sebaliknya, mintalah maaf kepadanya, tunjukkan rasa penyesalanmu dan meminta maaf dengan merendah diri dan dengan cara bagaimana sahaja menurut kemampuanmu.
Usahakan untuk menghalau kabus yang mengelilingi rumahtanggamu supaya akan tumbuh kedamaian dan kasih sayang. Hilangkanlah kesombonganmu dengan merendahkan diri kepadanya.
Pertalian antara suami dan isteri tidak hanya disokong oleh cinta. Bersamaan dengan cinta ialah menghormati suami, iaitu suatu perkara yang sangat penting.
Adalah suatu kesalahan besar bagi isteri yang memikirkan dirinya sama tarafnya dengan suaminya. Isteri tidak boleh memaksa suami untuk berkhidmat kepadanya. Jangan menyuruh suami melakukan apa sahaja kerja-kerja rumahtangga.
Bahkan apabila ia menawarkan diri untuk membantu kerana cintanya terhadap kamu, maka dengan rasa kasih pula kamu harus menolaknya dan melakukan segala kerja sendirian.
Wajarkah kamu menyuruh atau membiarkan suamimu mengerjakan segala kerja-kerja rumahtangga. Cuba fikirkan! Darjat suami kamu lebih tinggi daripada darjat ayahmu. Oleh kerana itu, berhati-hatilah dalam segala tindakanmu dan berakhlaklah dengan penuh hormat dan sikap terpuji.
___
Ku salin tulisan ini dari ms 82-83 Buku Al-Mar'atus Shalihah - Wanita Solehah, terbitan Jahabersa.
wahai sang suami,apakah itu sudah mencukupi dgan membawa anak2 dan isteri berjalan2dah dikira bapa yg hebat, bapa yang misali? uhg2 ceteknye otak kepala.tak gune ada ilmu tapi tak pakai dan tak amalkan. ya kau bawa tapi berapa tahun sekali dan dimana sang bapa atau sang suami tinggalkan anak2 dan isteri?terkurung dalam bilik hotel tak makan sehari.pernahkan bapa yang sangat misali ini fikir ini.dari aku baca kisah ini aku arif sangat manusia2 spt ini.banyak ku temui hanya bisa bermain kata2 indah tapi sekadar gula2 belaka aku sangat kecewa krn ada hamba yg di cipta allah sudah bangga dengan kebaikan yg sedikit dan amat berkira dengan anak dan isteri. sebagai seorang bapa atau suami sanggup berkorban apa saj hatta harta maupun nyawa.aku mmg ada pengalaman spt ini.biasanye suami spt ini kalau bawa anak2 dan isteri di tinggalkn di satu sudut yang sepi tersisih dari kawan dan rakan atau lebih selamat lagi di suruh masuk dalam kereta saja.suami gini berlambak tepi jalan.kau bapa dan kau suami,ingat dimana amanah dan tanggungjawab.kebaikan sebanyak itu kumanpun tak pandang.aku rasa kau ni suami pemalas dan ambil kesempatan atas kesolehahan isteri. aku faham sangat.kau gunakn agama untuk menakut2kan isterimu.kau guna isu derhaka,kau guna isu dosa agar isrerimu takut.sedarlah wahai sang suami. ni aku nak cerita padamu.. suatu hari aku berjalan cuti hari minggu,ada sebuah kereta yang agak mewah berhenti di sebuah stesyen minyak petronas.aku cukup kagum melihat sang bapa ini mendukung anak yang lebih kurang 2 tahun mendukung dan membawa ke bilik air, mungkin anaknye berak . tak lama kemudian keluarlah bapa tadi dengan rambut dan badannye basah, rupa2nye di mandikan anak itu dan di bawa ke kereta. lalu di lap dan di bedakkan dan di pakai baju selengkapnye. aku rasa sangat turuja dengan apa yang ku pandang itu. lalu aku pandang kedalam kereta, rupanye sang isteri sedang terlena kepenatan.allah mulianye hati sang suami itu,dan dia tahu bahawa itu adalah tanggungjawabnye juga.apakah suami itu pondan?jangan ego sebagai lelaki dan menjadi suami boleh arah itu dan ini,ada hak kamu ke atas keluarga kamu. jangan jadi jumud la,pandai baca hadis pada perempuan saje baca la hadis untuk suami juge..kau bangga jadi lelaki, tapi rasulullah juga lelaki. kau ego suami 2 lbih tinggi darjat dari ayah, tapi nabi juga suami, 9 isteri lagi, lantas pemimpin dunia lagi, tapi sempat jahit selipar sendiri, sempat bermain lumba lari dengan isteri.aku syorkan sang suami bacalah lagi hadis2 nabi.
ReplyDeleteDemikianlah..dalam dunia hari ini, masihkah ada harapan untuk wanita yang cuba berbakti kepada suami memperolehi kebahagiaan? Ya, jiwanya bahagia dengan Allah tetapi hati terluka dengan perbuatan teman hidup yang dipercayai sepnuh hati. Terima kasih buyong ape?
ReplyDeleteYa Allah Ya Tuhanku.. Engkau telah memudahkan urusanku. Permudahkanlah.. Peliharalah aku dan anak-anakku dan insan-insan yang mengasihi, mengasihani dan mendoakan kebahagiaan kami. Ya Allah, hanya Engkau tempatku bergantung dan berserah diri. Terima kasih Allah.. semoga airmataku selama ini adalah pengampunan dosa-dosaku, penjara itu adalah hukuman atas kederhakaanku kepada-Mu. Ya Allah, Engkau telah membebaskanku kini, dengan jalan yang semudah-mudahnya. Segala puji hanya bagi-Mu. Ampunkanlah aku, mereka yang mengasihiku dan juga mereka yang menganiayaku.
ReplyDeletetahniah kepada kembara daif kerana allah tlh membebaskan dan menyelamat kan anda dari kezaliman seorang lelaki bernama suami.kau patut lari, tak salah dari hukum.isteri patut taat pada suami yang soleh dan adil tapi andainye dia zalim..angkatkaki je.isteri solehah untuk suami yang soleh.allah sayang kan anda sebab 2 lah allah permudahkan jalan membawa anda keluar dari penjara itu .amin.
ReplyDeleteBuyong ape?@Kembara Dhaif,
ReplyDeleteJangan jadi 'tak cerdik'. Bila Kembara Dhaif menulis di atas, sesiapa pun tahu dan faham maksud tulisannya. Dia mahu menyatakan kepada dunia bahawa, anak-anak dan dirinya tak pernah dibawa berjalan-jalan, terkurung kononnya. Dan itu adalah fitnah kepada suaminya.
Oleh sebab itulah, suaminya mengingatkan Kembara Dhaif agar jangan bermain dengan fitnah. Disebabkan Kembara Dhaif tidak mahu mendengar kata-kata suaminya lagi, maka janganlah dia sampai berpaling dari kata-kata hamba Allah ini,
Nabi SAW bersabda : "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali, maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya.
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Kebanyakan wanita itu isi neraka dan kayu apinya." Sayidatina Asiyah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW :-
2. Tiada memuji (bersyukur/berterima kasih) di atas kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya. [Jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suamimya]
3. Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah. Contohnya, bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan, "Sudah 10 tahun saya kahwin dengan awak, tak ada apa-apa pun!"
Ya, Buyong ape? Cuba kau carikan hadis Nabi tentang lelaki dan tulis di sini. Aku bersedia membacanya.
Buyong ape? - kau jangan jadi tak cerdik ya. Siapa pula yang berbangga dengan kebaikan yang sikit. Aku hanya beri ingat pada isteri aku, biar dia sedar apa yang dia ungkit tu fitnah pada aku, sedangkan anak-anak aku dan dia selalu pergi mana-mana, tetapi dia tak bersyukur, tak kira la tahun berapa. Dan betul, apa yang Nabi sebut, bukan aku sebut.
Buyong ape? - Baru je bulan 8 baru ni, kami pergi Johor, siap duduk hotel lagi. Mana kau tahu tak makan sehari - kau sms dengan Kembara Dhaif ya. Cuba kau tanya dia, petang tu aku bawa balik makanan apa untuk anak-anak aku dan dia. Itu silap teknikal saja, sebab ingat ada makan tengahari hari tu, aku beritahu lagi sekali - silap teknikal, bukan aku sengaja. Tak tahu la pula apa benda yang isteri aku dah beritahu kau (bodoh pula aku rasa nak cerita pada kau, sebab kau ni siapa). Jangan nak fitnah aku ya, cuba tanya dia, pagi tu dia dan anak-anak aku makan apa, tengahari tu makan apa. Tengahari tu special lagi, kami dan kawan-kawan aku saja, makan hidang lagi.
Buyong ape? - Kalau aku pemalas, cuba pula kau tanya Kembara Dhaif, dia pemalas atau rajin. Cuba baca entrynya yang lagi satu.
Buyong ape? - ada ke aku mengaku aku ni, bapa mithali.
Buyong ape? - cuba kau guna otak kau yang bijak tu, apa tu isteri solehah - sanggup ke isteri solehah menulis begini di sini. [tulisan ini ditujukan kepada Buyong ape?, bukan Kembara Dhaif ya]
Buyong ape? - Sebab isteri aku tak mahu dengar kata aku, kata siapa lagi dia nak dengar. Jadi, aku dah cari hadis Nabi untuk isteri aku, biar dia baca dan faham. Itu adalah usaha aku, untuk berdamai dengannya.
Buyong ape? - Kau jangan ingat aku tak baca pasal Nabi. Pasal aku bacalah, aku mahu berdamai dengan isteri aku. Jadi, kau jangan jadi batu api, sebab kalau kau bukan Kembara Dhaif, kau tak tahu apa-apa. Kau hanya dengar sebelah pihak. Dan 'tak cerdiklah' kau, kalau kau dengar sebelah pihak, dan beria-ria membuat tuduhan.
ReplyDeleteBuyong ape? - memang la terpaksa guna, derhaka, dosa sebab isteri aku bersikeras. Aku cuba takutkan dia, dengan dosa dan derhaka, dah dia tak makan saman juga. Aku nak guna apa lagi.
Buyong ape? - cerita kau tu tak logik. Pertama, aku nak tanya, siapa yang pandu kereta. Kalau suami yang pandu, suami la yang penat, bukan isteri. Suami tukar pampers, dan mandikan anak sebab isteri tak mahu buat, malas. Ada ke patut, dah la suami penat pandu kereta, suruh pula suami buat kerja-kerja dia.
Buyong ape? - kau kena ingat, ego tu apa. ego tu kena ada pada seorang suami dan lelaki. Kalau tak ada, dia jadi dayus. Kena ikut cakap isteri, tak pun kena penampar isteri.
Buyong ape? - biar aku beritahu kau, bila wanita dah jadi isteri, maka hak dia atas suami dia, bukan lagi pada ayah dia. Ni asas agama ni, hukum syariat. Jangan kau tak tahu. Bab fardhu ain saja ni, orang bodoh pun faham. Kalau macam tu, tak ada la rumahtangga. Cuba kau tanya Kembara Dhaif, emaknya macamana dengan ayahnya, lagi dahsyat. Ada orang tua nak masuk camnpur. Aku tabik emaknya, sebab betapa lemah lembutnya dia, penyayang dan pengasih, dan sabar.
Buyong ape? - Oo kau tahu ya Kembara Dhaif lari dari rumah ya. Bila dia cerita kat kau. O ya, jangan pandai tuduh-tuduh kata aku zalim ya. Apa yang aku zalim.
ReplyDeleteSiapa kata tak salah dari segi hukum bila isteri lari dari rumah. Sekolah agama mana kau belajar. Cuba kau nyatakan, mana kau ambil hukum. Jangan bagi nasihat yang sesat ya. Yang aku tahu, Nabi ada sebut,
Siapa saja seorang isteri keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, maka ia dilaknati oleh malaikat hingga ia kembali.
Cukuplah satu hadis ni. Ini bukan aku kata, tapi Rasulullah SAW kata, dan kata-kata dia benar. Jadi, jangan buat bodoh dan tak faham pula, maksud hadis ni.
Buyong ape? - penjara kau kata, kau pernah ke pergi rumah aku. Walaupun rumah aku tu rumah kos rendah tapi setelah setahun aku kerja, demi anak-anak dan isteri aku, aku buat pinjaman bank rakyat, aku sambung rumah. Cuba kau tanya isteri aku, bilik dia lagi besar dari bilik ayah dan ibunya di kampung, lagi besar dari bilik ayah dan emak aku. Dapurnya lagi besar dari dapur emak aku dan lagi selesa dari dapur ibunya. Lepas tu, ada ruang khas besar yang boleh dijadikan ruang tetamu, tapi sebenarnya aku dah sediakan untuk isteri aku, kerja dari rumah. Aku bagitahu kau Buyong ape? rumah kami ada 3 buah bilik air. Cuba kau tanya dia. Penjara kau kata ya.
ReplyDeleteTimurLane, TimurLane.. benarlah, engkau belum matang lagi. Tak matured. Tak matured.. faham hukum hanya di akal, bukan untuk diamal.
ReplyDeleteTimurLane memang pandai bercakap. Dia tak sedar, perbuatannya mencuri duit isteri disaksikan anak-anak. Suami apa gini. Kalau isteri curi, kerana tak cukup dan sekadar mencukupkan tak apa.. tapi ni pelik, suami curi duit isteri, ada ke patut????
ReplyDeleteDi Batu Pahat.. "Umi, bawa duit berapa? Jangan lupa, spare rm100 untuk bayar sewa hotel.."
ReplyDeleteKedekut duit, kedekut tenaga, kedekut senyuman, kedekut.. kedekut.. kedekut..
ReplyDeleteJanuari 2009.."Abang, boleh tolong fotostat?"
ReplyDelete"Umi ni bakpe tanya soalan bodoh ha?!!! Abang balik pukul berapa?!! Abangkan balik lambat?!!"
Terkesima dan tersedarlah aku dari mimpi setelah dijerkah dengan suara harimau singa. Mulai saat itu.. aku mula berfikir.. setiap hari dan setiap hari.. siapakah aku di sisi dia? Siapakah aku di pandangan dia? Isterikah? Atau Penjenayah? Atau sekadar hamba abdi simpanan di rumah???
TimurLane, segala ikrar tu.. sila tunaikan kepada isteri barumu. Mungkin boleh saja, si aznirah, atau sarah, atau alin, atau ustazah siti khadijah.. silakan ya. Jangan paksa aku lagi...
ReplyDeleteNak aku sebutkan kezalimanmu yang satu itu? Yang tak patut kusebut di hadapan sesiapa saja kecuali hakim. Nak aku sebutkan? Kezaliman yang sungguh zalim. Tapi aku tak sejahat itu nak mendedahkan semua perkara. Engkau terlalu emosi wahai TimueLane. Engkau sesunggunya berlainan benar dengan sajak-sajak dan tulisanmu.
ReplyDeletesalam Kembara,
ReplyDeleteLihatlah, kau mengatakan aku tak matured. Siapa yang suka mengata siapa. Untuk kau juga, hukum
untuk diamal, bukan dimanipulasi.
Kedekut kau kata. Inilah antara tafsiran kau
yang dahsyat setelah apa yang aku perbuat
untukmu dan anak-anak serta keluargamu.
Curi wang, sungguh kelakar. Suami isteri kena saling bantu-membantu. Setiap bulan, aku memberimu RM800. Itu adalah sebagai pengurusan belanja dapur dan keluarga. Bodohlah aku, kalau aku bercerita darihal
ini, di sini.
Spare duit - seorang suami berpesan kepada isterinya supaya bersedia. Sebab, bimbang wang yang dibawanya tidak mencukupi - salah ke? Padahal apa yang suaminya belanjakan lebih dari itu. Sungguh, tak matang pemikiran begini.
Benarlah sabda Nabi ini,
Wasiat Rasulullah kepada Wanita
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Kebanyakan wanita itu isi neraka dan kayu apinya." Sayidatina Asiyah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW :-
1. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.
2. Tiada memuji (bersyukur/berterima kasih) di atas kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya.
(jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suamimya)
3. Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah. Contohnya, bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan, "Sudah 10 tahun saya kahwin dengan awak, tak ada apa-apa pun!"
Ikrar itu adalah kesungguhan aku, suamimu
ReplyDeleteuntuk tidak meruntuhkan masjid yang kita bina, perkara yang sangat dibenci Allah SWT sekalipun halal.
Kalau aku mahu berpaling kepada wanita
lain, tidaklah aku berikrar begitu
kepadamu. Bahkan aku tidak perlu
bersusah-payah menjawab dan
menulis di sini.
Fotostat, itu adalah secebis daripada
ReplyDeletebadai yang melanda rumahtangga kita.
Rumahtanggga, begitulah. Bukan sentiasanya
aman. Tetapi menggunakan peristiwa itu
sebagai sebab untuk berpisah, adalah
satu alasan. Dan, mengungkit-ungkitkannya
pada kemudian hari, adalah satu musibah.
Biar aku terangkan padamu, pada saat
aku hendak pergi bekerja (kau tahu aku
akan berpeluh kalau ada apa-apa), permintaanmu
itu pada pagi tersebut, tidaklah kena masanya, ketika suamimu sedang bergegas-gegas bersiap hendak pergi kerja. Kau tidak mahu
muhasabah, kenapa dan apa. Sebaliknya, menyalahkan suamimu kerana
keengganannya itu.
Padahal, kertasmu terfotostat juga. Maka, benarlah seperti sabda Nabi.
Lihatlah hadis Nabi ini, bukan kata-kata
yang direka oleh suamimu.
Laknat Allah ke atas wanita yang marah
kepada suaminya - riwayat Dailami
Wahai kembara,
ReplyDeleteya Allah ya Tuhan, dengan hatiku yang lemah ini, aku mengajakmu berdamai, mengajakmu
memulakan semula.
Suamimu juga manusia, dia ada kelemahan
dia khilaf dan cuai. Dan tiap kita ada
kelemahan dan kesalahan.
Marilah kita, wahai isteriku
kita bersalaman.
Ini adalah ujian Allah ke atas suamimu,
juga dirimu. ya Allah bantulah aku dan
isteriku dalam menghadapinya ini.